Wednesday, December 31, 2008

Merajuk...

Emel dari seorang kawan y dapat djadikan peringatan n muhasabah bersama..=)

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengendahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?Sebenarnya, kedua-duanya adalah sifat keji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu...

Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati” kita itu, tetapi kita juga seolah2 menentang takdir Tuhan ke atas diri kita yang mengizinkan perkara itu berlaku ke atas kita.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga harus merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula. Lumrah manusia, tidak dapat elak dari rasa hendak merajuk,tapi awas, kawal diri dari berlebih2an dengan memuhasabh balik kedudukan kita sebagai hamba..

Wallahu ta'ala a'lam.......

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram 1430H...=)

Doa awal tahun...


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa akhir tahun...


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Selamat menyambut Awal Muharram 1430H...Mulailah amalan 1430H dengan azam baru dan semangat yang baru untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri..Jadikan hari ini lebih baik dari semalam...=)

Friday, December 26, 2008

Antara dua cinta..

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa
bila hilangapa yang diburu
timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Semoga kita sama2 dapat koreksi diri dan mengambil iktibar dari lirik lagu ini, insyaAllah...=)

"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur"

-Ali-Imraan: 145-



"Sesungguhnya keimanan dan cinta akhirat ibarat tanaman yang sukar subur dengan tumbuhnya cinta dunia yang ibarat rumput-rumpai di hati kita..Ya Allah, selamatkanku dr hubbud dunya wa kurrahul akhiroh..ameen..."

~"~


Monday, December 22, 2008

Hari bersejarah dalam hidupku...

Tanggal 22nd December setiap tahun merupakan antara hari paling bersejarah dalam hidupku..
Alhamdulillah, sehingga hari ini Allah telah memberi peluangku hidup selama 22 tahun, dibawah jagaan serta didikan kedua ibu bapaku..
Terima kasih ayah dan nda..jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya..=)

Hari ini hari lahirku,
Bertambah lagi usiaku,
Bertambah jua tanggungjawabku,
Hari ini akan menjadikan diriku lebih matang,
Dek ujian yang mendatang..
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan diriku mengaharungi onak duri selama 22 tahun,
Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakku denganNya,
Semakin berkurang tempoh untuk beramal,
Semakin kubur mempersiap tempat untukku,
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemputku
Semakin dekat masa amalan dihitung
Semakin hampir haruman firdausi atau azabnya Jahannam...
Semoga aku mempersiapkan diriku untuk destinasi seterusnya....

Sunday, December 14, 2008

Setahun yang lalu...

Genap (lebih sket) setahun yang lalu, 14 Disember 2007 bersamaan dengan hari Jumaat, tepat jam 1.00 pagi, saya telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan rapat akibat diserang sakit jantung (myocarditis). Saya tak plan untuk menceritakan kisah yang dah setahun berlalu tu, cuma sekadar nak merekodkan dalam blog ni satu peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup saya. Peristiwa ini turut menjadi pengajaran dan peringatan buat kita yang masih hidup, bahawa satu hari nanti, kita turut menyusul menuju destinasi yang sama. Penyusulan yang tidak mengenal peringkat umur, tidak dilewatkan maupun diawalkan walau sesaat. Cukuplah kematian sebagai peringatan buat kita. InsyaAllah...

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.."
-Al-Munaafiqqun:11-


Sekadar nak share satu video clip yang saya kira antara hiburan mendidik jiwa yang boleh dijadikan renungan bersama. Gunalah sebaiknya peluang kita di destinasi transit (dunia) kita sekarang untuk destinasi yang final (akhirat) nanti.

 "Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur."

 -Ali-'Imran:145- 


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ""

-Al-Munaafiquun:10- 


Wallahua'lam..



".......wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

-Yusuf:101-

Thursday, December 11, 2008

Walimah @ Hari Bahagia..^_^

Cuti2 sekolah ni, sinonim dengan mcm2 majlis, jemputan dan kenduri, xkirala kenduri kawen, berkhitan dan sebagainya. Kemaghin (versi kedah yang bermaksud semalam), 10hb Disember 2008 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1429H, seorang lagi sahabat saya y sama2 terlibat dengan tragedi 3rd May 2008 yang lalu, telah selamat diijab qabulkan di Kedah. Semoga antum berdua berbahagia dan diberkati dunia akhirat..Ameen..=)


Ustaz Syaari dan Nurul Suhadah Hj Syuib


Mempelai dan fizah + izzati...(yang berdua ni bila plak..=D)

"barakallahu laka

wa barakallahu `alaika

wa jama`a bainakuma fil kheyr"


"semoga Allah memberkatimu

dan melimpahkan keberkatan ke atas diri kamu

semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebajikan"


-Doa y Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam ajar untuk dibacakan kepada pengantin baru-


*tribute to fizah selaku penyumbang gambar..^_^





Tuesday, December 9, 2008

Khutbah terakhir Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam..

Bersempena bulan zulhijjah ini, mari kita sama2 renungkan khutbah terakhir yang disampaikn baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.


Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu.."


Wallahua'lam..

Monday, December 8, 2008

Lafaz takbir raya..Allahuakbar..!!

'Aidiladha atau sering disebut sebagai Hari Raya Korban melibatkan 'ibadah korban yang merupakan sunat muaqqad dengan fard kifayah(sunnat mu'aqqadah bilfard' kifayah) yang tidak pernah Rasulullah Sollallahu 'alaihiwasallam tinggalkan. Konsep Hari Raya (Aidilfittri dan Aidiladha) dalam Islam berbeza dengan agama lain dimana untuk kedua2 hari raya turut dimeriahkan dengan laungan takbir. Takbir pada Hari Raya Aidiladha dinamakan takbir muqayyad, dan ia sunat dilaungkan setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau solat sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan solat Asar pada hari Tasyriq(11,12,13 Zulhijjah) yang terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah.
Namun berapa ramaikah antara kita yang betul2 menghayati erti lafaz takbir itu sendiri? Mari kita teliti maksud lafaz takbir yang dilaungkan ketika hari raya..

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.



Jika umat Islam benar2 menghayati dan menginsafi maksud lafaz takbir yang dilaungkan, umat Islam tidak akan:
  • Tunduk kepada 'tuhan-tuhan' ciptaan manusia
  • Bersekutu dengan Kuffar untuk memerangi umat Islam yang lain dalam menegakkan agamaNya
  • Menjadikan Hari Raya sebagai pesta hiburan instead of hari kemenangan dan hari kesyukuran dengan membesarkan Allah.
  • Takbir dan tahmid yang dilaungkan tidak sekadar menjadi senandung penuh kepiluan semata2 tanpa difahami lafaznya itu.
Semoga kita sama2 dapat menghayati lafaz takbir yang kita laungkan...
Wallahua'lam..

Sunday, December 7, 2008

Antara sunnah dihari raya..

Berikut antara amalan2 sunat dihari raya (aidilfitri dan aidiladha) yang dapat dikongsi bersama;

  • Mandi sunat hari raya:
Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: “Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”
-Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119-

  • Lafaz ucapan selamat hari raya:
Amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya: “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”
–Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271.-

  • Memakai pakaian yang indah:

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafie r.h. berkata:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”

–Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil.1, ms. 327.-


Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h. menambah:

“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.”

–Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.-


  • Memakai wangi-wangian

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.”

-Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.-


Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau tidak menyenangkan. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau tidak menyenangkan dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.


  • Solat hari raya dan khutbah

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri.

Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).”

-Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.-


Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu.

Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.”

-Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.-


  • Lain2..:
    • Disunatkan bagi melihat binatang korban (bagi orang yang akan menyembelih)
    • Disunatkan tidak makan sebelum menunaikan solat sunat hari raya(berbeza dengan Aidilfitri yang disunatkan makan sedikit sebelum menunaikan solat sunat)
    • Melalui jalan yang berbeza ketika pulang dari masjid

Anas bin Malik r.a berkata:

“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

-Hadis riwayat an-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.-


Wallahua'lam..


Salam 'eidAdha...^_^



"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat"

-Al-hajj:34-

Saturday, December 6, 2008

Belly fat...

Kesihatan antara nikmat dari Allah yang sering manusia terpedaya dengannya. Antara masalah yang saya kira agak common ialah belly fat atau "bahagian perut yang agak terkedepan". Masalah ini, bukan sahaja melanda golongan yang agak berumur,tetapi,yang bahayanya,ia sudah mula dialami oleh budak2 atau golongan muda sekalipun tanpa mengira jantina.

Masalah ini, bukan sahaja dikira unsightly, tp juga dapat membahayakan kesihatan dan merisikokan kita kepada pelbagai penyakit yang lebih merbahaya. Secara general nya, masalah ini disebabkan faktor keturunan atau cara hidup yang tidak sihat atau kedua2 nya. Kajian membuktikan 70% rakyat Malaysia (adult) kurang bersenam. Tambahan pula, delicious- and high calorie-Malaysian diet sendiri yang langsung tidak menyumbang kepada cara hidup yang sihat menyebabkan keperluan terhadap senaman itu sangat perlu diberi perhatian.

Jadi, untuk entri kali ini yang agak berbeza sedikit dengan entri2 sebelum ini, saya ingin berkongsi sedikit tips2 kesihatan tentang bagaimana untuk membantu mengatasi masalah ini. Antara tips2 yang dikira berguna untuk mengatasi masalah ini ialah:

  • Anti-belly-fat diet
    • Kurangkan saiz pengambilan makanan
    • Elakkan pengambilan makanan2 yang berkalori tinggi seperti high-fat dan high-carb meals.
    • Elakkan pengambilan alkohol kerana alcohol mengandungi ''empty calories" iaitu kalori yang tinggi dengan kandungan nutrient yang teruk. Tambahan pula, kebanyakkan alkohol mempunyai kandungan gula yang tinggi dan alkohol sendiri boleh meningkatkan selera makan (semakin lapar). Sememangnya ini semua ialah unhealthy combination kesan dari pengambilan alkohol.
    • Amalkan diet yang baek dengan memperbanyakkan buah2an dan sayuran.
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya....."
-Albaqarah:219-

  • Anti-belly-fat excercise
    • Senaman yang baik tidak bergantung pada alat senaman yang anda gunakan sebaliknye sejuah mana istiqomahnya anda menjalankannye. Senaman yang baik cukup sekadar sekurang2nya 30 minit sehari masa diluangkan untuk bersenam.
    • Brisk walking dan jogging antara aktiviti senaman yang sesuai untuk dipraktikkan. Senamkan seluruh bahagian badan anda dengan bend atau stretch kannya atau use weights untuk membina otot2 anda.


  • Anti-belly-fat stress management
    • Apabila badan anda stress, ia akan menghasilkan cortisol, sejenis hormon yang mengawal metabolisma karbohidrat dan blood pressure secara berlebihan. Peningkatan level cortisol akan meningkatkan selera makan dan natijahnya lebih banyak glucose dihasilkan yang mana lebihannya nanti akan disimpan sebagai lemak @ fat.
    • Rehat dan tidur yang cukup dapat membantu mengawal stress level juga dapat mengelakkan dari masalah ini.
Demikian tips2 yang dapat saya kongsi bagi mengelakkan masalah belly-fat ini. Kita elakkanye bukan untuk kelihatan cantik dimata orang lain, tetapi bagi menghargai nikmat tubuh badan yang sihat yang dikurniakan kepada kita. Sebenarnya, Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam sendiri mempunyai diet dan petua2 pemakanan amalan baginda yang dapat kita contohi yang mana semakin banyak darinya telah dibuktikan secara saintifik. InsyaAllah,jika berpeluang nanti, akan saya kongsikan bersama. Semoga kita sama2 dapat menjaga nikmat kesihatan yang ada..

"Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa y ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia."
-Taha:81-

~Health Today October, 2008

Wallahua'lam..

Thursday, December 4, 2008

Taubat seorang penyamun

" Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya`; Dan beramal kerana manusia pula adalah satu kesyirikan; Manakala ikhlas adalah apabila Allah meng`afiatkan engkau daripada keduanya (yakni segala sesuatu dilaksanakan kerana Allah semata-mata)."
-Kitab al-Adzkar karangan Imam Nawawi-


Demikianlah diriwayatkan kata2 sorang yang dahulunya bekas penyamun, tetapi berakhir hidupnya sebagai seorang sufi berhubung persoalan ikhlas dan riya' antara penyakit hati yang amat berbahaya bagi seorang yang berilmu. Beliau bernama Fudhail bin 'Iyadh. Mari kita telusuri sedikit ringkasan hidup Fudhail bin 'Iyadh.

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh bin Mas`ud bin Bisyr at-Tamimi al-Yarbu`iy al-Khuraasaani. Beliau dilahirkan di Samarqand dan dibesarkan di Abi Warda, suatu tempat di daerah Khurasan. Beliau asalnya adalah seorang ahli maksiat yang suka merompak dan menyamun. Diceritakan bahawa beliau pada satu malam berniat untuk mengganggu seorang perempuan. Sewaktu beliau memanjat tembok kediaman perempuan tersebut, beliau mendengar suara orang membaca al-Quran ayat 16 surah al-Hadiid yang bermaksud:
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Qur'an) yang diturunkan (kepada mereka)?"

Ayat tersebut benar-benar masuk meresap dan menyentak sanubari Fudhail bin 'Iyadh, membuatkannya terdiam di atas tembok tersebut, lalu tiba-tiba Fudhail bin Iyadh merasa lemah longlai segala sendinya dan tubuhnya gementar seraya beliau merintih kepada Allah:

"Oh Tuhan, telah tiba waktuku. Telah tiba waktuku."

Dia pun turun dari tembok tersebut dan berjalan pulang dengan hati bertaubat setulus-tulusnya. Pada malam itu ketika beliau tengah berlindung di balik reruntuhan bangunan, tiba-tiba saja di sana ada sekelompok orang yang sedang lalu. Sebagian mereka berkata: “Kita jalan terus,” dan sebagian yang lain berkata: “Kita jalan terus sampai pagi, karena biasanya Al-Fudhail menghadang kita di jalan ini.”

Maka beliau (Fudhail) pun berkata: “Kemudian aku merenung dan berkata: ‘Aku menjalani kemaksiatan-kemaksiatan di malam hari dan sebagian dari kaum muslimin di situ ketakutan kepadaku, dan tidaklah Allah mengirimku kepada mereka ini melainkan agar aku berhenti (dari kemaksiatan ini). Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu dan aku jadikan taubatku itu dengan tinggal di Baitul Haram’.”

Mendengar percakapan mereka itu, Fudhail lalu menampakkan dirinya sambil berkata,
“Akulah Fudhail. Tetapi sekarang, aku telah bertobat dan tidak akan menyamun lagi.”

Setelah bertaubat, beliau telah menghabiskan satu masa di Kufah, lalu mencatat menekuni ilmu agama dari ulama di negeri itu terutama sekali ilmu hadith. Dan telah meriwayat pula daripadanya sejumlah ulama, antaranya Imam asy-Syafi`i, Imam Sufyan bin 'Uyainah, Imam Yahya al-Qaththan, Imam Ibnul Mubarak dan Imam al-Humaidi. Para ulama telah ijma` atas thiqahnya dan kekuatannya untuk dijadikan hujjah serta atas kesholihan, kezuhudan dan kewarakannya.

Kemudian beliau menetap di Makkah. Beliau mencari rezeki untuk dirinya dan keluarganya dengan mengurus air di Makkah. Beliau memiliki seekor unta yang beliau gunakan untuk mengangkut air dan menjual air tersebut. Beliau tidak mahu menerima pemberian-pemberian dan juga hadiah-hadiah dari para raja dan pejabat lainnya, namun beliau pernah menerima pemberian dari Abdullah bin Al-Mubarak.

Beliau menolak pemberian-pemberian para raja disebabkan keraguan beliau terhadap kehalalannya, sedang beliau sangat memastikan agar tidak sampai memasuki perut beliau kecuali sesuatu yang halal. Beliau wafat di Makkah pada bulan Muharram tahun 187 H dan dimaqamkan di Jannatul Maula tempat dimana Saidatina Khadijah, isteri baginda Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam juga dimaqamkan.

Demikianlah secara ringkas kisah hidup seorang sufi yang bermula hidupnya sebagai seorang yang pernah melakukan dosa dan terkenal dengan dosanya itu. Kisah hidup beliau dapat memberi pengajaran pada kita agar tidak mudah berputus asa dari rahmat Allah dan berbaik sangka denganNya, sambil mengharapkan taufiq dan hidayahNya untuk berbuat taat dan melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kelalaian. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

"...dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
-albaqarah:199-

Wallahua'lam..


Wednesday, December 3, 2008

Result oh result...

Semalam, 2 Disember 2008, result exam untuk sem I 08/09 sudah pun keluar. Masing-masing dengan reaksi dan respon yang tersendiri ketika menge-cek result . Ada yang gembira, ada yang mengurut dada tanda lega, ada yang mampu tersenyum dan tak kurang juga ada yang bersedih, bergantung pada result yang diperolehi.

Kepada yang ada peningkatan, alhamdulillah, keep up the good work dan ingat, nikmat kejayaan adalah pinjaman dari Allah yang hanya disandarkan pada diri kita dan mampu ditarik balik bebila masa sahaja.

Kepada yang maintain, syukur alhamdulillah juga kerana mampu mengekalkan prestasi walaupun tiada peningkatan, at least tiada penurunan. Bukan senang untuk mngekalkan kejayaan yang sedia ada, walaupun mungkin bagi kita,yang diperolehi itu belum boleh dikira sebagai satu kejayaan.

Kepada yang ada penurunan berbanding sem lepas, alhamdulillah, bersyukur juga dengan apa yang ada, percayalah sesungguhnya, segala yang kita perolehi adalah yang terbaik buat kita, tak kiralah, samada penurunan yang berlaku tu, sekadar hasil yang setimpal usaha, atau sebagai kafarah bagi kelalaian kita atau sebagai ujian buat kita. Sememangnya, kita tiada hak untuk berkira dengan Allah dan 'bermasam muka' dengan apa jua pemberian dari Allah, yang jauh sekali kita dapat membalasnya.

"...Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim."
-a'li imraan:140-


Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna, kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar. Hidup ibarat roda, ada masanya kita berada di atas, ada masanya kita perlu berada dibawah bagi menguji dan menjamin keikhlasan niat kita supaya kita sentiasa dalam keadaan sedar bahawa segalanya milik Allah, bukan hak milik kekal kita.

"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

-an-nahl:96-


Untuk persediaan memasuki sem baru, mari kita kongsi antara syarat2 mencari ilmu yang digariskan Imam Al-ghazali:
  • niat yang ikhlas kerana Allah, tanpa ikhlas, ilmu tidak akan kekal didada
  • tawadhu'
  • bersungguh2
  • cari penyelesaian terhadap semua persoalan yang terlintas dalam fikiran
Apa jua result yang diperolehi, jadikannya pemangkin semangat untuk sem depan, we cannot start a new journey, but we can set up a brand new ending. Mulakan sem baru dengan semangat yang baru, dengan niat yang baru(diperbaharui). All the best to all of us..!

wallahua'lam..=)


Tuesday, December 2, 2008

The Debut...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, kerana dengan izinnya, akhirnya berjaya juga memulakan langkah pertama ni walaupun terasa amat berat pada mulanya..

Sebenarnye, tidak pernah terlintas dibenak fikiranku sebelum ini untuk menjadi blogger sebab sememangnye diri ini malas menulis dan sememangnye tidak berbakat dalam bidang penulisan ini, berbakat membaca tulisan orang lain adela.hehe..

Tidak dinafikan, betapa beratnye nak memulakan langkah pertama walaupun telah mendapat galakan dari seorang ustaz. Yourself is the best motivator for you, jadi diri sendiri yang perlu berusaha mencetus kemampuan dan kemahuan itu dari dalam, external factor hanya sebagai supporting elements yang tidak kurang pentingnye. Beberapa soalan telah saya lontarkan pada diri sendiri bagi mencetus dan menjana kekuatan untuk memulakan langkah ini..
"afraid to be judged?afraid to make mistakes?don't want to share what Allah gave to you?"

Setelah terpukul dengan persoalan terhadap diri sendiri,disamping menimbangkan beberapa faktor yang dirasakan sebagai advantages dan kepentingan untuk menjadi blogger ini, maka bi iznillah, tergerak juga langkah pertama yang dirancang selama ini.

Ada beberapa faktor yang menjadi pemangkin dan pembakar semangat dalam diri ini untuk memulakan juga langkah menjadi blogger, yang dapat dikongsi bersama, antaranya ialah:

  • method da'wah:
    • penulisan ini antara skill penting yang perlu dimiliki oleh seorang Muslim, kerana penulisan merupakan salah satu method da'wah tanpa kos yang dapat membentuk pemikiran ummah. Perkara ni, sudah pun dibuktikan oleh sejarah, dimana penulisan pernah menjadi antara cara yang utama bagi meniup roh atau semangat juang rakyat satu masa dulu untuk mencapai kemerdekaan..(sejarah form bape tah..=D)

  • driven factor:
    • dengan 'memaksa' diri untuk menulis, ia menjadi driven factor supaya kita juga 'terpaksa' untuk perbanyakkan bacaan dan ilmu yang ada coz "al faqidu assyai la yu'ti..", orang yang tak punyai apa2, tak mampu nak memberi..sedihnye untuk hidup tanpa memberi,kan sedangkan we're part of the ummah yang sepatutnye mampu menyumbang sesuatu kepada ummah.bak kata ustaz hasrizal, "erti hidup pada memberi"..

  • isi masa lapang:
    • Salah satu aktiviti masa lapang yang berfaedah disamping menyumbangkan sesuatu kepada ummah walaupun hanya ibarat setitik dakwat je.jangan biarkan sehari berlalu tanpa kerja-kerja Islam, atau berfikir untuk Islam..fastabiqul khairat, berkejar2lah membuat kebajikan dalam kehidupan seharian kita.at least, bfikir dan mencari idea untuk menghantar entri yang berfaedah kat blog sendiri,bergerak gak otak ni berfikir untuk Islam,kn.semoga bermanfaat buat diri dan orang lain...=)

  • latihan buat diri:
    • menulis blog dapat melatih diri belajar untuk meluahkan sesuatu melalui tulisan yang semestinya tak semudah ABC..(mudah ke ABC tu sebenarnye.huhu..).Melaluinya, orang yang nature nye susah nak meluahkan sesuatu,leh blaja untuk baiki diri untuk express the feeling dan menjadi lebih outspoken untuk melontarkan idea dan buah fikiran melalui tulisan.Latihan yang baik sebagai seorang mahasiswa Islam..=)

  • Lain-lain:
    • memperbaiki kemahiran bahasa, walaupun hakikatnya, bahasa yang digunakan dalam menulis blog ni pun, still rojak gak.Tapi still, membantu gak menjana otak mencari perkataan yang sesuai untuk digunakan.hehe..

Sebagai "budak kecil" yang baru je melangkah ke dunia blogger ni, diharap sahabat2 yang berjaya menyinggah ke blog ni,dapat memberi sedikit sebanyak komen2 yang membina bagi memperbaiki blog yang sedia ada sekarang...If u'll never try, u'll never know the extend of your ability..Semoga ini menjadi permulaan kepada yang lebih baik kelak..ameen...(^^,)