Monday, December 8, 2008

Lafaz takbir raya..Allahuakbar..!!

'Aidiladha atau sering disebut sebagai Hari Raya Korban melibatkan 'ibadah korban yang merupakan sunat muaqqad dengan fard kifayah(sunnat mu'aqqadah bilfard' kifayah) yang tidak pernah Rasulullah Sollallahu 'alaihiwasallam tinggalkan. Konsep Hari Raya (Aidilfittri dan Aidiladha) dalam Islam berbeza dengan agama lain dimana untuk kedua2 hari raya turut dimeriahkan dengan laungan takbir. Takbir pada Hari Raya Aidiladha dinamakan takbir muqayyad, dan ia sunat dilaungkan setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau solat sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan solat Asar pada hari Tasyriq(11,12,13 Zulhijjah) yang terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah.
Namun berapa ramaikah antara kita yang betul2 menghayati erti lafaz takbir itu sendiri? Mari kita teliti maksud lafaz takbir yang dilaungkan ketika hari raya..

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.



Jika umat Islam benar2 menghayati dan menginsafi maksud lafaz takbir yang dilaungkan, umat Islam tidak akan:
  • Tunduk kepada 'tuhan-tuhan' ciptaan manusia
  • Bersekutu dengan Kuffar untuk memerangi umat Islam yang lain dalam menegakkan agamaNya
  • Menjadikan Hari Raya sebagai pesta hiburan instead of hari kemenangan dan hari kesyukuran dengan membesarkan Allah.
  • Takbir dan tahmid yang dilaungkan tidak sekadar menjadi senandung penuh kepiluan semata2 tanpa difahami lafaznya itu.
Semoga kita sama2 dapat menghayati lafaz takbir yang kita laungkan...
Wallahua'lam..

6 comments:

  1. ayat sendiri or ayat copy n paste ni? =p
    neway, nice info... samelah kita hayati makna di sebalik takbir raya..

    ReplyDelete
  2. hehe..ayt sndrla.tp,adela sumber nyer,bukan rekaan eh..
    mksd tu,of coursela copy,tp bukan copy and paste je,copy paste and edit bagi mencantikkan dan menyedapkan lagi ayt..=D
    Alhamdulillah,sama2 hayati dan terapkan unsur pngorbanan dalam hidup..=)

    ReplyDelete
  3. Mohon maaf lahir batin
    selamat hari raya idul fitri

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....
    saya ambik utk dipostkan kat facebook...
    semperna hari raya aidilfitri 1431 hijiriah...

    harap halalkan yaa...

    ReplyDelete
  5. T/kasih saudara. Semoga dlm sejahtera dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete