Kesihatan antara nikmat dari Allah yang sering manusia terpedaya dengannya. Antara masalah yang saya kira agak common ialah belly fat atau "bahagian perut yang agak terkedepan". Masalah ini, bukan sahaja melanda golongan yang agak berumur,tetapi,yang bahayanya,ia sudah mula dialami oleh budak2 atau golongan muda sekalipun tanpa mengira jantina.
Masalah ini, bukan sahaja dikira unsightly, tp juga dapat membahayakan kesihatan dan merisikokan kita kepada pelbagai penyakit yang lebih merbahaya. Secara general nya, masalah ini disebabkan faktor keturunan atau cara hidup yang tidak sihat atau kedua2 nya. Kajian membuktikan 70% rakyat Malaysia (adult) kurang bersenam. Tambahan pula, delicious- and high calorie-Malaysian diet sendiri yang langsung tidak menyumbang kepada cara hidup yang sihat menyebabkan keperluan terhadap senaman itu sangat perlu diberi perhatian.
Jadi, untuk entri kali ini yang agak berbeza sedikit dengan entri2 sebelum ini, saya ingin berkongsi sedikit tips2 kesihatan tentang bagaimana untuk membantu mengatasi masalah ini. Antara tips2 yang dikira berguna untuk mengatasi masalah ini ialah:
- Anti-belly-fat diet
- Kurangkan saiz pengambilan makanan
- Elakkan pengambilan makanan2 yang berkalori tinggi seperti high-fat dan high-carb meals.
- Elakkan pengambilan alkohol kerana alcohol mengandungi ''empty calories" iaitu kalori yang tinggi dengan kandungan nutrient yang teruk. Tambahan pula, kebanyakkan alkohol mempunyai kandungan gula yang tinggi dan alkohol sendiri boleh meningkatkan selera makan (semakin lapar). Sememangnya ini semua ialah unhealthy combination kesan dari pengambilan alkohol.
- Amalkan diet yang baek dengan memperbanyakkan buah2an dan sayuran.
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya....."
-Albaqarah:219-
-Albaqarah:219-
- Anti-belly-fat excercise
- Senaman yang baik tidak bergantung pada alat senaman yang anda gunakan sebaliknye sejuah mana istiqomahnya anda menjalankannye. Senaman yang baik cukup sekadar sekurang2nya 30 minit sehari masa diluangkan untuk bersenam.
- Brisk walking dan jogging antara aktiviti senaman yang sesuai untuk dipraktikkan. Senamkan seluruh bahagian badan anda dengan bend atau stretch kannya atau use weights untuk membina otot2 anda.
- Anti-belly-fat stress management
- Apabila badan anda stress, ia akan menghasilkan cortisol, sejenis hormon yang mengawal metabolisma karbohidrat dan blood pressure secara berlebihan. Peningkatan level cortisol akan meningkatkan selera makan dan natijahnya lebih banyak glucose dihasilkan yang mana lebihannya nanti akan disimpan sebagai lemak @ fat.
- Rehat dan tidur yang cukup dapat membantu mengawal stress level juga dapat mengelakkan dari masalah ini.
Demikian tips2 yang dapat saya kongsi bagi mengelakkan masalah belly-fat ini. Kita elakkanye bukan untuk kelihatan cantik dimata orang lain, tetapi bagi menghargai nikmat tubuh badan yang sihat yang dikurniakan kepada kita. Sebenarnya, Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam sendiri mempunyai diet dan petua2 pemakanan amalan baginda yang dapat kita contohi yang mana semakin banyak darinya telah dibuktikan secara saintifik. InsyaAllah,jika berpeluang nanti, akan saya kongsikan bersama. Semoga kita sama2 dapat menjaga nikmat kesihatan yang ada..
"Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa y ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia."
-Taha:81-
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment