Mari kita berkongsi antara tips-tips ke arah mewujudkan keharmonian dalam rumahtangga:
~Kesabaran beriringan dengannya kemenangan, kelapangan/kesenangan beriringan dengannya kesusahan dan kesusahan beriringan dengannya kemudahan...~
Sunday, April 22, 2012
Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
Mari kita berkongsi antara tips-tips ke arah mewujudkan keharmonian dalam rumahtangga:
Sunday, October 16, 2011
Islamic marriage course...Oz version..~

Thursday, July 21, 2011
Syukur, sabar, redha & hikmah...~

(Al Baqarah: 216)
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Ibrahim: 7)
Thursday, July 1, 2010
My first salary...

Entri ni bukannya nak berkongsi tentang apa yang saya buat dengan gaji, that is P&C k.hehe..=P Cuma nak berkongsi apa yang dapat dikenangkan dari pengalaman pertama, selama sebulan setengah pertama, bekerja di tempat kerja pertama, dengan syarikat pertama yang pernah saya bekerja, segala2nya pertama, my first job!
1st day masuk kerja, satu pengalaman yang berbeza, dari 5 orang staff yang bertugas 3 orang darinya chinese, hanya 2 orang sahaja melayu including me. Overall, 12 orang staff semuanya untuk 2 kedai, majoritinya chinese, hanya 4 orang sahaja melayu (8 vs 4). Alhamdulillah, walaupun bosnye chinese, tapi tiada halangan untuk kita minta break nak menunaikan ibadah solat, itu sudah cukup bagiku. teringat cerita kawan2 yang lain, yang bekerja dengan syarikat yang sama, mengalami masalah dengan manager untuk break menunaikan solat, sedangkan manager nya seorang berbangsa MELAYU, yang of course beragama ISLAM! Kalau diri sendiri durhaka kepada Allah, janganla mengeheret orang lain untuk sama2 durhaka dengan 'kuasa' sendiri.astaghfirullahal 'azim..
Hari demi hari berlalu, macam2 ragam orang makin difahami. Semakin hari, diri sedikit 'penat' dengan apa yang berlaku. Antaranya nature kerja yang sedikit sebanyak mengubah rutin harianku semasa student dahulu. Sebelum pukul 9 pagi, dah keluar dari rumah untuk pergi ke stesen komuter, yang biasanya akan tiba pada pukul 9.15, dan kemudian mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke destinasi. Pukul 10 malam baru tutup kedai, dan sampi dirumah dalam 10.20-10.30 malam. Tiada lagi hujung minggu bersama keluarga, sebab cuti 2 hari seminggu hanya dibenarkan pada weekdays sahaja melainkan hal2 tertentu. 12 jam bekerja (plus 2 jam rehat yang dibenarkan), balik memang tidur pengsan rasanya. No more quality time membuatkan diri terasa sedikit 'sakit' melalui hari2 sepanjang bekerja.
Staf2 disana juga agak kurang islamic, berbeza dari kawan2 & sahabat2 masa diuniversiti dulu. Orang memandang pelik, dalam satu hari bekerja, 4x minta keluar untuk ke musolla. Lama kelamaan, bila agak terbiasa dengan mereka, staf2 chinese mula bertanya,
''Kenapa u pegi surau ye?berapa kali u mau solat sehari?kenapa i xpernah nampak staf melayu lain pergi surau pun?''
Tetapi, lama kelamaan, bila dah semakin rapat, boleh berbual pasal aurat, saya sempat meng 'highlightkn',
Setelah beberapa minggu bekerja, terkejut apabila tiba2 salah seorang staf perempuan dah mula menutup aurat, memakai tudung. Alhamdulillah, ada perubahan..Bab solat pula, cukup sedih bila masing2 buat xtau dengan waktu solat. Makin lama bekerja, tiba2 ketika saya pulang dari musolla, salah seorang staff melayu berkata,
"Ish,lama dah rasanya xsolat ye.Ntah bila last solat"
Lama kelamaan, diri sendiri dah semakin stabil dengan suasana baru. Mungkin pada mulanya saya bersedih dengan environment baru ini, bersedih sebab terasa semacam tak menyumbang kepada Islam dengan pekerjaan sekarang akibat sudah kekurangan masa untuk ke program2, akan tetapi, terfikir, mungkinkah diriku ditakdirkan disini juga untuk membantu mengislahkan orang lain?bukankah itu juga satu sumbangan untuk Islam? Memikirkan begitu, alhamdulillah, by time, diri dah semakin tenang, tiada lagi rembesan lacrimal gland dibazirkan dimalam hari.. Sabar dan syukurlah atas apa yang berlaku. Allah always knows da best.Harapnya diriku akan tetap 'kukuh' walau dimanaku berada..doakan..insyaAllah..^_^
-Carilah 'makna' dari setiap detik hidupmu, nescaya dikau kan temui hikmahnya.Jangan biarkan sehari berlalu tanpa berfikir untuk Islam, walau sekecil usaha yang mampu dilakukan, insyaAllah dikira disisi Allah. Biar 'degil' untuk Islam, dari 'degil' untuk undang2 manusia.Siapa kita tanpa Islam..Allahuakbar..!
Wallahua'lam...
Jom, g bank amik gaji..;)
Friday, June 25, 2010
Latih dirimu dengan sabar...

- Amalkan zikir menyebut nama Allah, As-Sobuur (Allah Maha Sabar).
- Banyakkan membaca Al-Quran
- Tingkatkan khusyu' dalam solat 5 waktu.
- Memuliakan orang lain dan mencari salah sendiri instead of orang lain.
- Amalkan doa seperti yang diamalkan tentera yang dipimpin oleh Thalut ketika menentang Jalut:
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
.:Al-Baqarah: 250:.
(kisah tentera Thalut menentang Jalut ada diceritakan dalam surah Al-Baqarah ayat 246-252)
Wednesday, January 27, 2010
Marah??!!

Melihat kepada gambar baby diatas, tingat kata2 seorang kawan ketika melihat phone ku (gambar tu merupakan screensaver di phone ku.hehe..=D), “nampak tua la baby ni bile marah..”..agaknye, camtula kot ye rupa kita apabila sedang marah ye, lebih tua kot.huhu…=S
Baek ke tak baek sebenarnye ye marah ni?hm…
Marah,Positif VS Negatif?
Marah merupakan satu sifat semulajadi kurniaan Allah. Manusia tak perlu diajar camne cara2nya nak marah, sebaliknya ia akan lahir dengan sendirinya apabila berlaku sesuatu yang tidak disukai, menyakitkan,atau tidak dikehendaki berlaku terhadap diri.
Menyebut berkenaan marah Hamka di dalam bukunya yang berjudul Tasauf moden mengatakan bahawa kemarahan itu sesuatu yang perlu ada bagi manusia. kerana tanpa marah manusia akan hilang daya pertahanan. Kemarahan adalah menjadi sebab wujudnya sensitiviti terhadap sesuatu perkara dimana tanpanya manusia itu tidak ubah seperti makhluk yang tidak bernyawa. Persoalannya sejauh manakah kita meletakkan perasaan marah itu pada tempat, waktu dan keadaannya supaya ianya mampu memberi impak yang positif?
Marah merupakan sifat yang timbul daripada nafsu. Marah yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia sepatutnya dikawal oleh akal yang berlandaskan iman. Imam Ghazali ada menyatakan, “Kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu.”
Ini bermakna marah dan syahwat yang tumbuh daripada dahan nafsu akan membuahkan kesan yang positif sekiranya akal dapat mengawal dan mengimbangi pengaruhnya di dalam diri seseorang. Jika akal tidak mengawal rasa marah, nafsu akan mengambil alih peranan kawalan secara total sehingga timbullah bermacam-macam perkara negatif seperti dendam dan sebagainya.
Pentingnya mengawal marah?
Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan yang dilarang agama, katanya: "Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola."
Dengan ini, jelas menunjukkan ketika kita sedang marah, syaitan akan mula mengambil kesempatan terhadap diri kita, hinggakan fikiran dan emosi terganggu, hati panas dan pastinya tindakan akan mengikut fikiran yang tidak waras. Bimbang, akan ada yang teraniaya atau dizalimi dengan tindakan kita gara2 menurutkan perasaan marah..na’uzubillah…
Saidina Ali di dalam sebuah peperangan dimana beliau yang hampir berjaya membunuh seorang lawannya, melepaskan musuh tersebut setelah musuh tersebut meludah ke mukanya sebelum sempat tikaman pedang Saidina Ali mengenainya. Ini kerana beliau tidak mahu menghukum akibat perasaan marah kerana dirinya diludah, sebaliknya kerana rasa marah untuk agama.
Sifat pemaaf dan menahan marah juga sebahagian dari kategori taqwa yang dinyatakan Allah dalam surah ali Imran yang berbunyi:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;”
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;”
-Ali imran: 133-134-
Marah yang dibolehkan dalam islam?
Ahli tasauf Islam menerangkan bahawa marah itu terpuji hanya dalam dua perkara saja iaitu marah mempertahankan kehormatan dan marah mempertahankan agama.
Sabda Rasulullah S.A.W, ‘’Yang sebaik-baik umatku ialah yang sikapnya keras di dalam menjalankan hukum agama.”
Camne nak atasi?
Satu masa dulu,sy sendiri pernah melalui saat menjadi sorang yang pemarah..salah sikit je,nak marah je rasa..tetapi, lama kelamaan, diri sendiri merasa “penat” dengan sifat pemarah, rimas, cepat penat bila asyik nak marah, sampaikan timbul rasa tak suka nak menjadi diri sendiri bila memikirkan perasaan orang disekeliling yang menerima akibatnya. Kalau dibiarkan penyakit camtu, diri sendiri akan sentiasa tak tenang dengan sifat cepat marah, akhirnya mencari jalan bagaimana nak mengubatinya..berikut antara perkara2 yang saya cuba amalkan yang alhamdulillah, dah lama diri ini bebas dari belenggu penyakit cepat marah..kesimpulannye, sifat cepat marah bukan sesuatu yang tidak boleh diubah, berkat usaha, mujahadah diri sediri, doa dan tawakkal insyaAllah mampu diubah..=)
a) Bersangka baik dan fikirkan kebaikan orang y membuatkan kita marah. Janganlah terlalu membenci dan marahkan sesorang, kerana mungkin suatu masa nanti, orang itu berjasa untuk kita
b) Jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius sehingga memberi gambaran sebaliknya. Jangan cepat menyalahkan orang, letakkan diri kita di tempat orang yang membuatkan kita marah, apakah kita mampu mengelaknya kerana boleh jadi kita marah kerana tidak memahami situasi sebenar orang itu.
c) Ingatlah sifat pemaaf Allah yang mampu memaafkan hamba2nya yang sentiasa berbuat dosa dan tidak dapat lari dari dosa, apatah lagi kita yang tidak punya apa2, layakkah kita yang bukan sape2 untuk tidak memaafkan manusia hatta Penciptanya mampu memaafkannya (selain dari dosa syirik)?
d) Mengingati kelemahan diri sendiri sebagai manusia yang juga tidak pernah lari dari kesilapan supaya kita tidak berharap orang lain mampu lari dari kesilapan.
e) Mengingati diri kita betapa buruknya rupa kita ketika marah seolah-olah ianya bukan diri kita
f) Memohon perlindungan kepada Allah daripada terjebak dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya
g) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
h) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis diriwayatkan Abu Daud)
i) Mengingati kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada sesiapa yang menahan kemarahan:
i. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Abu Darda' .a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasulullah, tunjukkan kepada saya satu amlan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga". Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah"
ii. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
iii. "Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim."
(Surah asy-Syura: 39-40)
Akhir kalam…:
i) Buat yang mendapat suami yang mudah marah:
-berbahagialah dengan pasangan yang dkurniakan untukmu..sesungguhnya kurniaan itu dapat mengelak dirimu dari menjadi isteri yang derhaka sebaliknya memastikanmu menjadi isteri yang sentiasa taat dan patuh.alhamdulillah...=D
ii) Buat yang mendapat isteri yang mudah marah:
-Berbahagialah dengan pasangan yang dikurniakan untukmu..walau pun dia pemarah, dia tetap setia menguruskan hal rumah tangga dan berkhidmat sebagai seorang isteri.boleh jadi marah itu merupakan cara dia menghilangkan penat lelahnya menguruskan hal rumah tanggamu.sesungguhnya, dirimu dberi peluang mengumpul pahala hasil dari kesabaranmu sehari2an..=D
iii) Buat yang mudah marah:
-Berbahagialah kerana orang dsekelilingmu masih menerima kehadiranmu seadanya, masih menghargaimu walau seteruk mana pun kemarahanmu..namun,sekali sekala,belajarlah memaafkan dan menyelami persaan orang disekelilingmu supaya mereka turut merasa dihargai..=D
Kesimpulannya,berbahagialah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..Allah selalu akan berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.Lumrah manusia, apa yang ada,jarang disyukuri, apa yang tiada,sering dirisaukan..(petikan lirik lagu "Antara Dua Cinta" nyanyian The Zikr..=D)
Sekian dulu sebagai penutup cuti midsem..(Sedihnya nk kena balik da.huhu..=( )
Wallahu a’lam..
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah."
-Hadis riwayat Imam Ahmad-