Thursday, July 1, 2010

My first salary...

Actually, 30th June is not my first salary, but my first full salary sebab bulan lepas pun dapat gaji jugak, cumanya gaji untuk 4hari bekerja sahaja..4hari pun dapat jugak pay slip ye..=D

Entri ni bukannya nak berkongsi tentang apa yang saya buat dengan gaji, that is P&C k.hehe..=P Cuma nak berkongsi apa yang dapat dikenangkan dari pengalaman pertama, selama sebulan setengah pertama, bekerja di tempat kerja pertama, dengan syarikat pertama yang pernah saya bekerja, segala2nya pertama, my first job!


At first, masa mula2 nak pilih nak g interview kat mana, i'm very excited untuk mencuba nasib dengan syarikat cina, i'm expecting something new, experience yang mungkin tak pernah saya alami. sebab sejak sekolah dahulu pun, surrounding sentiasa islamic, alhamdulillah, dari sekolah agama hingga ke UIA, walaupun adala jugak non-islamic part of them. Alhamdulillah, interview dengan wakil HRD yang merupakan seorang chinese, berjalan dengan baik, dilayan dengan sangat baik, orangnya memang baik.



1st day masuk kerja, satu pengalaman yang berbeza, dari 5 orang staff yang bertugas 3 orang darinya chinese, hanya 2 orang sahaja melayu including me. Overall, 12 orang staff semuanya untuk 2 kedai, majoritinya chinese, hanya 4 orang sahaja melayu (8 vs 4). Alhamdulillah, walaupun bosnye chinese, tapi tiada halangan untuk kita minta break nak menunaikan ibadah solat, itu sudah cukup bagiku. teringat cerita kawan2 yang lain, yang bekerja dengan syarikat yang sama, mengalami masalah dengan manager untuk break menunaikan solat, sedangkan manager nya seorang berbangsa MELAYU, yang of course beragama ISLAM! Kalau diri sendiri durhaka kepada Allah, janganla mengeheret orang lain untuk sama2 durhaka dengan 'kuasa' sendiri.astaghfirullahal 'azim..

Hari demi hari berlalu, macam2 ragam orang makin difahami. Semakin hari, diri sedikit 'penat' dengan apa yang berlaku. Antaranya nature kerja yang sedikit sebanyak mengubah rutin harianku semasa student dahulu. Sebelum pukul 9 pagi, dah keluar dari rumah untuk pergi ke stesen komuter, yang biasanya akan tiba pada pukul 9.15, dan kemudian mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke destinasi. Pukul 10 malam baru tutup kedai, dan sampi dirumah dalam 10.20-10.30 malam. Tiada lagi hujung minggu bersama keluarga, sebab cuti 2 hari seminggu hanya dibenarkan pada weekdays sahaja melainkan hal2 tertentu. 12 jam bekerja (plus 2 jam rehat yang dibenarkan), balik memang tidur pengsan rasanya. No more quality time membuatkan diri terasa sedikit 'sakit' melalui hari2 sepanjang bekerja.

Staf2 disana juga agak kurang islamic, berbeza dari kawan2 & sahabat2 masa diuniversiti dulu. Orang memandang pelik, dalam satu hari bekerja, 4x minta keluar untuk ke musolla. Lama kelamaan, bila agak terbiasa dengan mereka, staf2 chinese mula bertanya,

''Kenapa u pegi surau ye?berapa kali u mau solat sehari?kenapa i xpernah nampak staf melayu lain pergi surau pun?''


Chinese tanya, xheranla,kn mereka xmengerti apa 'tugas' kita. Ya, ini peluangku untuk menceritakan pasal Islam kepada mereka. Staf melayu pula, hanya berislamkan IC@ ber-IC-kan Islam. Aurat ntah kemana, solat lagila kemana. aduh, 'sakit' rasanya sehingga terpaksa membazirkan rembesan lacrimal gland setiap hari.huhu..

Tetapi, lama kelamaan, bila dah semakin rapat, boleh berbual pasal aurat, saya sempat meng 'highlightkn',

''Benda wajib tak perlu tunggu ikhlas sebab ia adalah arahan, paksa diri buat dulu, ikhlas akan datang kemudian. Hamba xda hak nak pilih arahan..''

Hati rasa lega boleh mengeluarkan ayat yang agak berbunyi keras tu. Terasa sedikit geram apabila isu hipokrit dikaitkan dengan aurat, perangai xbaik tapi tutup aurat, dan xnak tutup aurat jika xrasa ikhlas, bimbang akan buka aurat balik.Alasan..!huhu..

Setelah beberapa minggu bekerja, terkejut apabila tiba2 salah seorang staf perempuan dah mula menutup aurat, memakai tudung. Alhamdulillah, ada perubahan..Bab solat pula, cukup sedih bila masing2 buat xtau dengan waktu solat. Makin lama bekerja, tiba2 ketika saya pulang dari musolla, salah seorang staff melayu berkata,

"Ish,lama dah rasanya xsolat ye.Ntah bila last solat"


Sedihnya kita sebagai yang mendengar keluhan tu. tp alhamdulillah, sekurang2nya, hatinya sudah sedikit diketuk, 'ble nak solat blk ni'. beberapa minggu selepas itu, kelihatan satu beg berisi telekung dirak, rupa2nya dah ada yang teringin nak solat balik.alhamdulillah, perubahan demi perubahan dah berlaku, walaupun belum penuh, belum setiap waktu dia keluar solat, tapi, alhamdulillah, a good start..=D

Lama kelamaan, diri sendiri dah semakin stabil dengan suasana baru. Mungkin pada mulanya saya bersedih dengan environment baru ini, bersedih sebab terasa semacam tak menyumbang kepada Islam dengan pekerjaan sekarang akibat sudah kekurangan masa untuk ke program2, akan tetapi, terfikir, mungkinkah diriku ditakdirkan disini juga untuk membantu mengislahkan orang lain?bukankah itu juga satu sumbangan untuk Islam? Memikirkan begitu, alhamdulillah, by time, diri dah semakin tenang, tiada lagi rembesan lacrimal gland dibazirkan dimalam hari.. Sabar dan syukurlah atas apa yang berlaku. Allah always knows da best.Harapnya diriku akan tetap 'kukuh' walau dimanaku berada..doakan..insyaAllah..^_^

"Allahumma ya muqollibal quluub.thabbit qulubana 'ala dinik, wa to'atik"


Kesimpulan:

-Carilah 'makna' dari setiap detik hidupmu, nescaya dikau kan temui hikmahnya.Jangan biarkan sehari berlalu tanpa berfikir untuk Islam, walau sekecil usaha yang mampu dilakukan, insyaAllah dikira disisi Allah. Biar 'degil' untuk Islam, dari 'degil' untuk undang2 manusia.Siapa kita tanpa Islam..Allahuakbar..!


Wallahua'lam...


Jom, g bank amik gaji..;)




4 comments:

  1. Saaaabb!!
    huhu, touchingnya bc post ampa..km yg tgh kurg semangat nih, terus rs semangat, tq sgt2 shbt!
    Nyway, tahniah coz dh dpt gaji, hehe..bla nk belanja km?
    Doakan km gak, br nk start keja isnin ni..
    nmpknya apa yg pk selama ni turut km gundah-gulana jgk memikirkannya, sbb terasa sgt xde sumbgn pape utk Islam..
    but when i read ur story, even the small thing yg kita buat utk Islam (mcm ampa,u'd been the best qudwah;), i'Allah dinilai di sisi Allah, kn?
    slmt maju jaya & terus berjuang utk agama yg kita cintai ini..huhu rindu sgt2 kt ampa & semua shbt T_T

    ReplyDelete
  2. fizaaah...!!^_^
    tq mai ziarah km kt cni..=D
    hehe..sj ja,nk tulis luahan rasa kt cni.wah, da nk stat jd tutor e isnin ni?alhamdulillah, nk jdi cam ampa gk 1 masa t..km doakan dpmudahkan semua,dgn envrnmt y baru n cara kerja y baru suma,kn..=D
    awal2 keja ni,mmg kna byk bsbr sket, kte cari pluang kot mana y ada utk bg 'sumbangan' kita,kn.baru rasa hidup 'terisi' gak sket, ble da stat nmpk gak peluang,kn.coz masa da xsama cam dulu, jd peluang y ada mgkin berbeza, kita y kena cari..insyaAllah, sama2 mencari ye..=D
    xpa2, km da siap simpan det utk banje sahabt2 ni,tgu ms nk jpe je ni..rindu jugak kt semua..='(
    doakan y tbaek utk kita bersama..;)

    p/s:umar sehat?t nak nek umar lgi e..^_^

    ReplyDelete
  3. Teruskan perjuanganmu wahai sahabatku!

    ReplyDelete
  4. insyaAllah CT su..doakan kita sama2 mmpu mnyumbangkan apa y termampu..^_^

    rindu kamu & nalu juga..:'(

    ReplyDelete