Tuesday, June 16, 2009

Islamnya seorang Badwi...

Orang Badwi sering dikaitkan dengan sifat mereka yang degil dan outspoken. Imam Al-Qurtubi dan Ibnu kathir (dalam kitabnya Bidayah wan Nihayah) ada menceritakan tentang satu kisah bagaimana Islamnya seorang Badwi.

Pada satu hari, seorang Badwi datang berjumpa Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam sambil membawa seekor dhob ditangannya seraya bertanya kepada baginda, "Adakah engkau Nabi?". Baginda pun mengiyakan. Badwi pun berkata, "Tidak akan ku beriman kepadamu kecuali dhob ini beriman".

Lalu baginda Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam pun bertanya kepada dhob tersebut, "Kepada siapakah kau beriman?" Dengan izin Allah, dhob tersebut pun berkata, "Aku beriman kepada Allah yang berada disinggahsana dan 'arasy di atas, yang aku takuti azabNya dan yang aku harapkan rahmatNya." Baginda pun bertanya lagi kepada dhob itu, "Siapakah aku?". Lalu jawab dhob itu, "Aku beriman denganmu dan engkau pesuruh Allah".

Terkejut badwi melihat baginda Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam berbicara dengan dhob tersebut seraya berkata kepada baginda Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam, "Kau sekarang menjadi orang yang paling aku cintai yang dahulunya paling ku benci". Badwi tersebut kemudiannya memeluk Islam dan berjaya membawa lagi 1000 orang badwi untuk memeluk Islam.

Wallahu a'lam...~

Tuesday, June 9, 2009

Cuti Semester...

Setelah 6minggu ber-posting, baru kini dapat merasai nikmat cuti semester. Pelbagai kerja dan projek berbaris menunggu untuk disiapkan. Semalam, hari pertama 'bebas' dari posting, tidak banyak yang mampu saya lakukan, hanya mula menyenaraikan perkara2 yang perlu disiapkan@dilakukan dalam cuti yang berbaki ini. Organizing thing is to do something in the best easiest way. Selebihnya, hanya berehat menghilangkan keletihan 6minggu ber-posting terutama 2hari terakhir yang amat letih akibat 12jam bertugas di Opti Fair, memang penat, tapi menarik..=)

Suka saya berkongsi beberapa pengajaran hasil posting selama 6 minggu antaranya..:
  • Treat semua patient samarata tanpa mengambil kira taraf hidup, rupa paras, status seseorang patient tersebut
  • Sabar dengan pelbagai karenah patient yang datang dengan pelbagai ragam, pelbagai penampilan, dan pelbagai bau gak.huhu...(terutama yang heavy smoker, sabar jela.huhu..)
  • Penting untuk belajar@mengambil tahu bahasa2 lain (kalau rajin/sempatla :P) ataupun paling kurang cakap bahasa melayu versi india/cina. Sebulan posting di hospital Klang yang rata2 pesakitnya ramai India dan Cina (Melayu pun ramai gak), bahasa melayu pun dah jadi versi India + Cina plak, terbiasa dengan cara komunikasi dan language yang diguna pakai disini. Hatta pesakit Melayu pun dah diguna pakai bahasa yang sama.hehe..
  • Perbanyakkan amalan ketika hamil, semoga dipermudahkan kelahiran bayi dan dkurniakan bayi yang sihat walafiat. Sayu rasanya bila melihat bayi yang datang ke hospital dengan pelbagai masalah kesihatan, pelbagai jenis syndrome yang tak pernah dengar, dengan kekurangan fizikal yang amat menyayat hati.huhu..
  • Jujur dalam urusniaga, bukan mementingkan profit semata2. Sedih tengok orang yang ada masalah penglihatan, tetapi kekurangan sumber kewangan di'promote' juga untuk membeli kanta yang mahal. Nak jual pun, pertimbangkanlah kondisi patient dan kemampuannya dahulu, jangan sampai menzalimi orang lain demi kepentingan 'periuk nasi' kita.
Hari ni, Selasa, 9 Jun 2009, dah masuk hari ke-2 cuti semester. Alhamdulillah, sudah mula terisi cutiku kali ini, beberapa perkara telah berjaya diselesaikan mengikut target. Reward ku berikan pada diriku dengan meluangkan masa untuk menulis sepatah dua kata di blogku yang dah lama menyepi ini. Semoga cutiku yang berbaki kali ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..insyaAllah..[-o<

Friday, June 5, 2009

Proses pembersihan bermula..~

Dah lama rasanya tidak menjenguk blogku ini, terasa nak membersihkan sedikit sawang2 y ada disini setelah musim 'praktikal' ku hampir mencapai ke penghujungnya..tinggal lagi sehari je berbaki untuk diri ini baru nak mula merasai nikmat cuti semester. alhamdulillah,dah hampir melangsaikan postingku...=D

Permulaan bagi pembersihan sawang ni,terasa ingin berkongsi satu emel yang diterima daripada seorang sahabat, sekadar perkongsian bagi yang belum pernah terbacala, menarik gak..message y nak disampaikan tu,pikir2 la sendiri yer, xlarat nk menulis panjang2, baru balik "keja" ni, sekadar nak memulakan pembersihan blog ni je..=P


Alkisahnya....

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..


pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana . berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur.kemudian ambillah satu ranting.sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi.jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...


dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi,kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.


maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab,berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ...


~... tamat...~