Setelah 6minggu ber-posting, baru kini dapat merasai nikmat cuti semester. Pelbagai kerja dan projek berbaris menunggu untuk disiapkan. Semalam, hari pertama 'bebas' dari posting, tidak banyak yang mampu saya lakukan, hanya mula menyenaraikan perkara2 yang perlu disiapkan@dilakukan dalam cuti yang berbaki ini. Organizing thing is to do something in the best easiest way. Selebihnya, hanya berehat menghilangkan keletihan 6minggu ber-posting terutama 2hari terakhir yang amat letih akibat 12jam bertugas di Opti Fair, memang penat, tapi menarik..=)
Suka saya berkongsi beberapa pengajaran hasil posting selama 6 minggu antaranya..:
Suka saya berkongsi beberapa pengajaran hasil posting selama 6 minggu antaranya..:
- Treat semua patient samarata tanpa mengambil kira taraf hidup, rupa paras, status seseorang patient tersebut
- Sabar dengan pelbagai karenah patient yang datang dengan pelbagai ragam, pelbagai penampilan, dan pelbagai bau gak.huhu...(terutama yang heavy smoker, sabar jela.huhu..)
- Penting untuk belajar@mengambil tahu bahasa2 lain (kalau rajin/sempatla :P) ataupun paling kurang cakap bahasa melayu versi india/cina. Sebulan posting di hospital Klang yang rata2 pesakitnya ramai India dan Cina (Melayu pun ramai gak), bahasa melayu pun dah jadi versi India + Cina plak, terbiasa dengan cara komunikasi dan language yang diguna pakai disini. Hatta pesakit Melayu pun dah diguna pakai bahasa yang sama.hehe..
- Perbanyakkan amalan ketika hamil, semoga dipermudahkan kelahiran bayi dan dkurniakan bayi yang sihat walafiat. Sayu rasanya bila melihat bayi yang datang ke hospital dengan pelbagai masalah kesihatan, pelbagai jenis syndrome yang tak pernah dengar, dengan kekurangan fizikal yang amat menyayat hati.huhu..
- Jujur dalam urusniaga, bukan mementingkan profit semata2. Sedih tengok orang yang ada masalah penglihatan, tetapi kekurangan sumber kewangan di'promote' juga untuk membeli kanta yang mahal. Nak jual pun, pertimbangkanlah kondisi patient dan kemampuannya dahulu, jangan sampai menzalimi orang lain demi kepentingan 'periuk nasi' kita.
No comments:
Post a Comment