Sunday, October 16, 2011

Islamic marriage course...Oz version..~


Alhamdulillah, pada 9th October 2011 lepas, saya bersama beberapa sahabat-sahabat lain telah menghadiri Islamic marriage course, a one-day workshop yang telah diadakan di University of Western Sydney (UWS) yang terletak kira-kira tidak kurang 30 km dari Malaysia Hall Sydney.


Lokasi Program: University of Western Sydney



Lokasi kami menunggu bas untuk pulang dihadapan uni


Untuk entri kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit perbezaan antara marriage course disini dan juga yang telah saya hadiri di Malaysia. Pertama, program ini merupakan program percuma yang diadakan oleh sebuah non-profit organization. Tiada bayaran dikenakan bagi peserta yang berminat untuk menghadiri program ini, tetapi hanya dikenakan bayaran bagi sesiapa yang berminat untuk membeli nota sahaja (dari lecture yang telah diberikan).

Kedua ialah perbezaan dari segi content yang disampaikan. Approachnya sedikit berbeza dimana dalam program ini temanya lebih kepada 'road to a success marriage' dengan slogan yang kerap kali diingatkan sepanjang program bahawa "Marriage is created to succeed". Langkah-langkah dan tips-tips dalam menjayakan sesebuah perkahwinan telah di-extract dari dalil-dalil berdasarkan al-Quran dan hadis dari sunnah Rasulullah s.a.w. juga di tambah dengan contoh-contoh dari real life memandangkan speaker juga merupakan marriage counsellor juga.

Berbeza dengan marriage course di Malaysia yang saya kira tidak lebeih 50%, manfaat yang mampu saya 'extract' dari total content yang diberikan (mungkin saya je kot yang 'lost' masa tu T_T). Marriage course versi OZ ini dibawa in such a way where things were brought forward for us to ponder upon not merely as a religious class untuk belajar rukun-rukun nikah dan sebagainya sahaja. Disini, ingin saya kongsikan beberapa info secara ringkas yang telah diberikan dalam program tersebut:

5 Golden rules to avoid problem in marriage:

-i- Avoid sins as best as you can & repent from ones you do commit

-ii- Wanting more takes away contentment, repentance brings blessings

-iii- Focus on things you like & realize what you dislike may actually be good

"Let not a Mu'min (male believer) hate a Mu'minah (female believer): if he dislikes a trait in her, he will be happy with another one."
-Sahih Muslim-


-iv- Leadership in Islam is a trial to run away from,NOT a prize to fight for

-v- Understand how Allah made this life, so you'll live with reality, not in fantasy


Akhir kata, to be success in marriage, change the way we look at life and marriage. Institusi kekeluargaan yang kuat, tunjang kekuatan ummah. Sama-samalah kita berusaha mengukuhkan kekuatan 'institusi' masing-masing insyaAllah...

Wallahua'lam...~


Thursday, July 21, 2011

Syukur, sabar, redha & hikmah...~


‎"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Al Baqarah: 216)


“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”

(Ibrahim: 7)



Dengan adanya perasaan syukur, hati akan terdidik untuk bersabar. syukur dengan apa yang ada, insyaAllah kita mampu bersabar dengan apa jua yang kita ada/lalui, sekaligus menjadikan kita seorang hamba yang redha. Then, u'll discover the hikmah...~


Syukur - sabar - redha = hikmah



Ya Allah,jadikanlah aku tergolong dalam hamba-hambamu yang bersyukur. Moga kesedihan terbendung dengan redha..~


Tuesday, June 28, 2011

Cuti2 malaysia...~

Tanggal 29hb Jun ini, genap sebulan dan berakhirlah cuti inter-sem di Malaysia..Alhamdulillah, sempat jua memenuhi beberapa jemputan walimah saudara mara serta rakan taulan yang rata-rata agak terkejut dengan kemunculan diri ini yang baru je 3 bulan lebih meninggalkan Malaysia. Selain memenuhi jemputan walimah, sempat juga mengaturkan masa untuk hang out bersama sahabat-sahabat yang belum mengakhiri zaman bujang yang berada disekitar lembah klang..


Alhamdulillah, walaupun kerja berbentuk akademik tidak banyak yang terlangsai dalam cuti ini, akan tetapi ianya terisi dengan aktiviti berbentuk ukhwah bersama family dan juga sahabat-sahabiah..Terima kasih atas masa kalian yang telah menjayakan dan menyerikan hari-hariku yang indah di Malaysia..Pada sahabat-sahabat yang belum sempat kutemui, kalian tetap dihati walau jauh dimata, doakan di lain hari kita masih berpeluang insyaAllah...^_^


Sebagai menutup tirai hari-hariku di Malaysia, lagu ini akanku tujukan buat kalian semua yang telah & akan menceriakan hari-hariku di Malaysia..another 7 months to go..moga diriku diberi ketabahan..insyaAllah...~



(p/s: sesetengah gambar2 dlm video hanya hiasan dan tiada kaitan dengan penulis@pemilik blog ye..sila abaikan..amik kt u tube je,nk lagu nye je..^_^)

Saturday, April 9, 2011

Khabaran dari negara "Down under"..~

Sabtu, 9 April, bersamaan 5 Jamadil Awwal 1432, genap 7 minggu berada diperantauan, dibumi Allah yang terkenal dengan panggilan “Down Under” berikutan struktur geografinya yang terletak dibawah dalam peta dunia. Pejam celik-pejam celik, tak terasa, sudah lebih sebulan setengah rupanya meninggalkan baiti jannati yang jauhnya beribu batu, satu jarak yang tak pernah terfikir akan mampu dilalui seorang diri. Alhamdulillah, bersyukur diatas peluang yang Allah sediakan untuk diri ini mencari hikmah dan meluaskan kemampuan diri yang pastinya hanya pinjaman sementara.

Entri tentang perkongsian kehidupan disini telah purposely dilengahkan dan dirancang agar ditulis hanya setelah at least sebulan melalui kehidupan disini. Ini kerana untuk mengelakkan bias dari segi emosi dalam penulisan kerana dengan perasaan yang kurang ‘stabil’, saya berpendapat agak tidak adil untuk saya memberi gambaran dan perkongsian tentang kehidupan dan realiti disini kerana bimbang ianya akan berbaur negative. Emosi kurang stabil bukan hanya kerana berjauhan dari family, tetapi juga suasana yang saya kira sangat jauh dari biah solehah yang pernah dirasakan di Malaysia. Tetapi, by time, alhamdulillah makin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan saya belajar untuk memahami yang walaupun dinegara bukan Islam sekalipun, dimana umat Islam merupakan golongan minoriti disini, tetapi disini juga bumi Allah, yang sepatutnya Islam juga mampu ditegakkan. Andai suasana tidak cukup "islamic" untuk menenangkan hati dan menjaga kita, kita yang sepatutnya menghidupkan "Islam" dalam diri kita dan menghidupkan suasana Islam disekeliling kita, semampu mungkin. Dimana bumi dipijak, disitu Islam ditegakkan walau dinegara mana sekalipun kita berada..insyaAllah...~

Hari pertama tiba di Malaysia Hall Sydney, agak impressed dengan layout dan ‘pemandangan’ Malaysia Hall yang bakal menjadi tempat tinggalku insyaAllah selama setahun dari sekarang. Luarannya hanya bangunan 2 tingkat berbentuk ‘L’ yang berdesign conservative. Tetapi, dari dalam, ianya merupakan sebuah hostel yang ala-ala hotel@motel tidak seperti gambaran yang diberikan oleh kawasan luar bangunan. So, don’t judge a book by its cover. Ini kerana, Malaysia Hall ini suatu masa dahulu merupakan motel milik seorang Australian, yang kemudiannya dibeli oleh Tunku Abdul Rahman pada mulanya untuk persinggahan orang kenamaan dari Malaysia apabila mereka dating ke Sydney. Di pendekkan cerita, akhirnya Malaysia Hall sekarang menjadi hostel @ tempat penginapan bagi sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang datang ke Sydney.

Malaysia Hall ini menawarkan beberapa jenis pekhidmatan antaranya penginapan bagi penginap tetap untuk pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di mana-mana institusi pengajian di Sydney (keutamaan diberikan pada pelajar semester pertama atau semester terakhir, jadi kalau buat setahun tu, insyaAllah berpeluang menetap sepanjang tempoh pengajian..J ). Selain itu, rakyat Malaysia yang melancong ke Sydney juga berpeluang menginap di Malaysia Hall sebagai visitors tetapi anda perlulah book seawal mungkin kerana penempatan untuk visitors adalah sangat limited berikutan kadar bayarannya yang sangat competitive, perhaps the cheapest u could find in Sydney. Antara kelebihan paling penting jika anda dapat menginap disini selain dari kadar bayarannya yang murah ialah sumber makanan yang mudah. Makanan disini disediakan oleh caterer yang juga rakyat Malaysia yang beragama Islam, jadi insyaAllah makanan yang halal tidak lagi menjadi satu masalah sekiranya anda menginap disini. Disini saya sertakan beberapa gambar dari Malaysia Hall:

Entrance@common area@dining hall



laluan ke bilik ditingkat atas

Antara cabaran-cabaran baru merantau ke negara dimana penduduk Muslimnya hanya kurang dari 5% ialah kemudahan beribadah dan beristinja’ serta mendapat makanan yang halal. Hidup dinegara dimana Islam bukan agama rasmi mengajar diri kita untuk beribadah dengan yakinnya dimana-mana sahaja tanpa tempat yang selesa bernama surau@musolla. Setelah hamper dua bulan berada ni negara sperti ini, solat dicelah-celah rak buku di library, di penjuru-penjuru bangunan kuliah, serta di parents room di shopping complex mula menjadi kebiasaan. Alhamdulillah, selama dalam proses mengajar diri untuk mampu melakukan ini semua walaupun kadang kala di pandang pelik, sekurang-kurangnya belum pernah dilontarkan dengan panggilan “terrorist” seperti mana yang pernah berlaku pada seorang teman disini. Mari renungkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senggang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan”

-HR Imam Ahmad-

“Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak bisa memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memadharatkanmu maka mereka tidak bisa memadharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta”

-HR Tirmidzi-

Antara pengalaman lain yang tidak dapat saya lupakan sepanjang sebulan lebih berada disini ialah ketika mana berlangsungnya konsert di race course, stadium yang terletak berhadapan dengan Malaysia Hall, yang menjadi tempat mereka berjudi sambil menyaksikan perlumbaan kuda (bet kuda siapa menang). Konsert (ntahla siapa artisnya, tak kenal pn) tersebut berlangsung setelah seminggu saya berada disini dan bermula dalam jam 5 petang sehingga jam 11.00 malam. Sudah namanya negara bukan Islam, semestinya konsert tersebut tidak akan menghormati azan, terasa gerun bila muzik masih dimainkan dengan begitu kuat sehingga menggertak denyutan jantung walaupun azan maghrib berkumandang. Malam harinya yang sepatutnya bercuaca dingin di Sydney terasa panas dek bahang maksiat di hadapan Malaysia Hall. Tidak cukup sekadar nyanyian, arak turut menjadi “snack” kepada setiap dari penonton yang menyertai konsert tersebut.

Malaysia Hall yang malangnya terletak berhadapan race course ini telah menjadi mangsa penonton-penonton yang mabuk membuang najis sesuka hati di luar pagar sebelum mereka pulang. Inikah yang dikatakan moden dan bertamadun? Inikah kepuasan dan kebebasan yang di cari? Sejauh mana puasnya dan tenangnya hati mereka ini dengan kebebasan yang mereka dapat? Hukum Allah semestinya sesuai dengan fitrah manusia yang diciptakanNya, arak yang ditegah dalam Islam, bukan untuk menyekat manusia dari kebebasan dan kepuasan, malah untuk memelihara kesihatan dan kewarasan akal fikiran manusia. Terbayang, mungkinkah negara Malaysia sendiri in 10 years time akan turut jadi begini jika arak dan konsert semakin berleluasa? Andai rakyat Malaysia, Melayu yang mengaku Muslim masih mengagungkan dan memper’tuhan’kan Barat, perkara sebegini tidak mustahil akan mungkin berlaku..na’uzubillahi min zalik…~

pemandangan race course dari tingkap bilik

Antara perubahan lain sejak sebulan lebih menetap disini ialah peningkatan kadar metabolisma yang tinggi kerana terpaksa berjalan kaki ke kelas yang sejauh hampir 2km (bilik-bangunan kelas) melalui jalan yang agak berbukit yang mengambil masa hampir 45minit perjalanan. Dengan itu, alhamdulillah, by hook or by crook, akan bersenam untuk ke kelas secara tak langsung mengamalkan hidup yang sihat. No more shuttle bus macam di UIA, malas jalan je, tunggu je shuttle bus datang untuk jimat tenaga. Uniknya peraturan jalan raya disini ialah, pejalan kaki dan penunggang basikal mempunyai laluan khas, malah laluan khas ini turut mempunyai pembahagi jalan seperti mana laluan untuk kereta. Tambahan pula, pejalan kaki dan penunggang basikal disini sangat diberi keutamaan oleh pengguna jalan raya yang lain (pemandu bus, kereta dan sebagainya) untuk melintas, mereka yang akan berhenti jika ada pelintas walaupun dari jauh. Antara perkara lain yang boleh dijadikan contoh ialah, betapa efficient pengangkutan awam disini yang sangat reliable dan berdisiplin dengan masa, hinggakan mereka mempunyai website khas untuk pengangkutan awam yang dilengkapi jadual dan masa yang dijangka tiba untuk membolehkan kita merancang perjalanan. Berikut saya sertakan beberapa gambar pemandangan yang menjadi laluan harian saya ke kelas..^_^

laluan khas untuk pejalan kaki dan penunggang basikal



menuju jalan berbukit yang memerlukan kegigihan yang tinggi


alhamdulillah, dah sampai ke gate-9@pintu belakang uni..~



menuju ke "lower campus"....akhirnya sampai ke bangunan kuliah...~


Rasanya sudah agak panjang untuk entri kali ini. Setakat ini sahaja dahulu sedikit perkongsian tentang kehidupan disini. Perkongsian tentang universiti dan tempat-tempat lain di Sydney akan menyusul dalam entri yang lain insyaAllah..Wallahua’lam..~