Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi, sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta manusia,
Kita akan cemburu kepada org yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi, sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah keranaMu,
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku...
~Sajak Aminah Qutb
.: Petikan dari "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul" oleh Fatimah Syarha Mohd Nordin :.
ehem2..semua bakal suami kena baca nih :)
ReplyDeleteDah.
ReplyDeleteTapi sapa bakal isteri? :P