Entri tentang perkongsian kehidupan disini telah purposely dilengahkan dan dirancang agar ditulis hanya setelah at least sebulan melalui kehidupan disini. Ini kerana untuk mengelakkan bias dari segi emosi dalam penulisan kerana dengan perasaan yang kurang ‘stabil’, saya berpendapat agak tidak adil untuk saya memberi gambaran dan perkongsian tentang kehidupan dan realiti disini kerana bimbang ianya akan berbaur negative. Emosi kurang stabil bukan hanya kerana berjauhan dari family, tetapi juga suasana yang saya kira sangat jauh dari biah solehah yang pernah dirasakan di Malaysia. Tetapi, by time, alhamdulillah makin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan saya belajar untuk memahami yang walaupun dinegara bukan Islam sekalipun, dimana umat Islam merupakan golongan minoriti disini, tetapi disini juga bumi Allah, yang sepatutnya Islam juga mampu ditegakkan. Andai suasana tidak cukup "islamic" untuk menenangkan hati dan menjaga kita, kita yang sepatutnya menghidupkan "Islam" dalam diri kita dan menghidupkan suasana Islam disekeliling kita, semampu mungkin. Dimana bumi dipijak, disitu Islam ditegakkan walau dinegara mana sekalipun kita berada..insyaAllah...~
Malaysia Hall ini menawarkan beberapa jenis pekhidmatan antaranya penginapan bagi penginap tetap untuk pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di mana-mana institusi pengajian di Sydney (keutamaan diberikan pada pelajar semester pertama atau semester terakhir, jadi kalau buat setahun tu, insyaAllah berpeluang menetap sepanjang tempoh pengajian..J ). Selain itu, rakyat Malaysia yang melancong ke Sydney juga berpeluang menginap di Malaysia Hall sebagai visitors tetapi anda perlulah book seawal mungkin kerana penempatan untuk visitors adalah sangat limited berikutan kadar bayarannya yang sangat competitive, perhaps the cheapest u could find in Sydney. Antara kelebihan paling penting jika anda dapat menginap disini selain dari kadar bayarannya yang murah ialah sumber makanan yang mudah. Makanan disini disediakan oleh caterer yang juga rakyat Malaysia yang beragama Islam, jadi insyaAllah makanan yang halal tidak lagi menjadi satu masalah sekiranya anda menginap disini. Disini saya sertakan beberapa gambar dari Malaysia Hall:
“Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senggang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan”
-HR Imam Ahmad-
“Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak bisa memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memadharatkanmu maka mereka tidak bisa memadharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta”
-HR Tirmidzi-
Antara pengalaman lain yang tidak dapat saya lupakan sepanjang sebulan lebih berada disini ialah ketika mana berlangsungnya konsert di race course, stadium yang terletak berhadapan dengan Malaysia Hall, yang menjadi tempat mereka berjudi sambil menyaksikan perlumbaan kuda (bet kuda siapa menang). Konsert (ntahla siapa artisnya, tak kenal pn) tersebut berlangsung setelah seminggu saya berada disini dan bermula dalam jam 5 petang sehingga jam 11.00 malam. Sudah namanya negara bukan Islam, semestinya konsert tersebut tidak akan menghormati azan, terasa gerun bila muzik masih dimainkan dengan begitu kuat sehingga menggertak denyutan jantung walaupun azan maghrib berkumandang. Malam harinya yang sepatutnya bercuaca dingin di Sydney terasa panas dek bahang maksiat di hadapan Malaysia Hall. Tidak cukup sekadar nyanyian, arak turut menjadi “snack” kepada setiap dari penonton yang menyertai konsert tersebut.
Malaysia Hall yang malangnya terletak berhadapan race course ini telah menjadi mangsa penonton-penonton yang mabuk membuang najis sesuka hati di luar pagar sebelum mereka pulang. Inikah yang dikatakan moden dan bertamadun? Inikah kepuasan dan kebebasan yang di cari? Sejauh mana puasnya dan tenangnya hati mereka ini dengan kebebasan yang mereka dapat? Hukum Allah semestinya sesuai dengan fitrah manusia yang diciptakanNya, arak yang ditegah dalam Islam, bukan untuk menyekat manusia dari kebebasan dan kepuasan, malah untuk memelihara kesihatan dan kewarasan akal fikiran manusia. Terbayang, mungkinkah negara Malaysia sendiri in 10 years time akan turut jadi begini jika arak dan konsert semakin berleluasa? Andai rakyat Malaysia, Melayu yang mengaku Muslim masih mengagungkan dan memper’tuhan’kan Barat, perkara sebegini tidak mustahil akan mungkin berlaku..na’uzubillahi min zalik…~
Antara perubahan lain sejak sebulan lebih menetap disini ialah peningkatan kadar metabolisma yang tinggi kerana terpaksa berjalan kaki ke kelas yang sejauh hampir 2km (bilik-bangunan kelas) melalui jalan yang agak berbukit yang mengambil masa hampir 45minit perjalanan. Dengan itu, alhamdulillah, by hook or by crook, akan bersenam untuk ke kelas secara tak langsung mengamalkan hidup yang sihat. No more shuttle bus macam di UIA, malas jalan je, tunggu je shuttle bus datang untuk jimat tenaga. Uniknya peraturan jalan raya disini ialah, pejalan kaki dan penunggang basikal mempunyai laluan khas, malah laluan khas ini turut mempunyai pembahagi jalan seperti mana laluan untuk kereta. Tambahan pula, pejalan kaki dan penunggang basikal disini sangat diberi keutamaan oleh pengguna jalan raya yang lain (pemandu bus, kereta dan sebagainya) untuk melintas, mereka yang akan berhenti jika ada pelintas walaupun dari jauh. Antara perkara lain yang boleh dijadikan contoh ialah, betapa efficient pengangkutan awam disini yang sangat reliable dan berdisiplin dengan masa, hinggakan mereka mempunyai website khas untuk pengangkutan awam yang dilengkapi jadual dan masa yang dijangka tiba untuk membolehkan kita merancang perjalanan. Berikut saya sertakan beberapa gambar pemandangan yang menjadi laluan harian saya ke kelas..^_^
laluan khas untuk pejalan kaki dan penunggang basikal
menuju jalan berbukit yang memerlukan kegigihan yang tinggi
alhamdulillah, dah sampai ke gate-9@pintu belakang uni..~
menuju ke "lower campus"....akhirnya sampai ke bangunan kuliah...~