Tuesday, November 30, 2010

Cuti-cuti bersama keluarga...


Sekali imbas melihat kepada gambar diatas, agak konfius dengan lokasinya bukan? Agak-agak lokasinya dalam Malaysia atau bukan? perhatikan pula kedua-dua gambar dibawah ini, kedua-duanya kelihatan seakan-akan serupa bukan dari segi bentuk binaannya. Adakah kedua2nya merupakan tempat yang sama atau berbeza?hm....




Gambar pertama (kiri) sebenarnya merupakan pemandangan di satu bandar kecil yang bernama Colmar terletak di utara timur Perancis, Perancis. Bandar ini terkenal dengan senibina bandarnya yang dikatakan 'a well-preserved old town' dengan rekaan senibina yang unik dan pelbagai. Sebaliknya, gambar kedua (kanan) pula hanya merupakan pemadangan di Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia.

Kolam yang dihuni oleh dua pasang 'swan' (hitam dan putih) yang menghiasai entrance resort



Pemandangan dari entrance resort


Resort ini dinamakan 'Colmar' kerana senibinanya mengikut reka bentuk senibina bandar Colmar yang sebenar di Perancis, dan ' Tropicale' merujuk kepada iklim tropika di Malaysia. (Colmar versi tropika). Resort ini direka dengan reka bentuk senibina tersebut bagi memberikan suasana yang sedikit berbeza berbanding tempat perlancongan lain di Malaysia. Suhu di Colmar Tropicale resort, Bukit Tinggi ini sedikit dingin berbanding kawasan tanah rendah yang lain, tetapi tidak sedingin Cameron Highlands atau Genting Highlands yang saya kira amat sesuai bagi sesiapa yang mempunyai alahan terhadap suhu yang sejuk2 sangat.hehe..=P


Suasana dalam resort yang berbentuk perkampungan


Pemandangan di malam hari
(maaf kurang jelas, kamera di phone je)


Di sini saya ingin berkongsi beberapa aktiviti yang menarik terdapat di Berjaya Resort ini (specifically Colmar Tropicale Resort). Antaranya ialah perkampungan Jepun (Japanese village).

Perkampungan ini memberi anda gambaran suasana di kawasan perkampungan di Jepun yang juga merupakan antara kawasan paling dingin di Berjaya Resort ini (3500 kaki atas paras laut).

Di perkampungan Jepun ini terdapat beberapa lokasi menarik untuk dilawati antaranya Japanese Garden dan Botanical Garden bagi anda yang berminat melihat tumbuh-tumbuhan unik seperti di Jepun serta Tatami Spa, tempat bagi memanjakan diri dengan cara tradisional Jepun.


Selain itu, terdapat juga Rumah Teh Jepun (Japanese Tea House) yang merupakan Rumah Teh Jepun yang pertama dibina di kawasan tropika dimana anda dapat menikmati suasana seperti di rumah di perkampungan Jepun serta berpengalaman memakai kimono, pakaian traditional Jepun.




Kolam ikan inilah yang bakal menghiasi perjalanan anda menuju ke rumah Jepun..























Pemandangan rumah Jepun dari jauh...


















Ruang terletaknya unggun api di dalam rumah jepun






Suasana di dalam rumah Jepun versi tropika..=)






Selain Japanese Village, bagi penggemar haiwan, anda boleh mengunjungi Rabbit Park dimana anda berpeluang beramah mesra bersama arnab yang saya kira lebih 30 ekor arnab terdapat di taman arnab ini.





Selain dapat melihat pelbagai jenis corak arnab disini, anda juga berpeluang memegang serta memberi makan mereka dengan tangan sendiri.



Anak-anak arnab yang baru lahir serta yang masih kecil ditempatkan di ruangan khas yang berasingan (breeding area) dimana tiada pengunjung dibenarkan memegangnya, dikhuatiri mengganggu kesihatan mereka.



Antara tabiat arnab yang unik yang dapat anda lihat disini ialah arnab-arnab ini gemar tidur dalam keadaan bertimpa-timpa antara satu sama lain..=D



Bagi yang menggemari aktiviti berkuda, Horse Trail juga terdapat disini. Anda dapat menungga kuda sendiri atau dipimpin bagi yang tidak biasa menunggangnya. Kelas belajar menunggang kuda juga disediakan bagi pengunjung yang mempunyai masa terluang dan berminat untuk belajar menunggang kuda.



Bagi yang gemar bersukan, terdapat juga pelbagai indoor dan outdoor games disediakan disini seperti bowling, indoor archery, pingpong, paintball, jungle tracking dan sebagainya. Anda bolehlah mengambil peluang untuk beriadah bersama keluarga disamping merehatkan minda melihat alam semulajadi ciptaan Allah serta menghirup udara yang nyaman di tempat peranginan ini..sekadar perkongsian..Wallahua'lam...~


*kena minta elaun ni, tolong promo free...hehe..=P